My Honey Moon

Get Me There ...

Thursday 23 December 2010

Percutian di Kampung Air, Bukit Merah, Taiping

Mee Udang kelas


Source :Berita Harian,1 August 2009


Photobucket

1 of 3
  • MUZIUM Perak di Taiping adalah muzium tertua di Asia yang dibuka pada 1883.

BUKIT Merah makin popular sejak pembukaan taman tema pada 1995, disusuli beberapa projek pembangunan seperti Kolej Kejururawatan Bukit Merah dan Pulau Orang Utan yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia.

Konsep bercuti sambil berhibur di Taman Tema Bukit Merah menjadikan destinasi pelancongan ini sesuai dinikmati seisi keluarga menjadikan kunjungan ke utara Perak amat berbaloi
Orang ramai juga boleh melawat daerah sekitar terutama bandar Taiping yang kaya dengan keindahan alam, bangunan kolonial dan hening taman tasik yang menjadi ikon bandar ini.

Kumpulan media baru-baru ini berpeluang melawat Bukit Merah bagi meninjau tarikan dimiliki daerah ini. Dengan kerjasama pegawai dari MKLand, kami dibawa menjelajah seluruh kawasan dan berseronok di Bukit Merah.

Setibanya di Bukit Merah, kami dibawa ke bilik penginapan di Kampung Air iaitu sebuah chalet atas air yang cukup mengujakan serta kaya dengan keindahan struktur binaan serta konsep kemudahan ini. Ikuti catatan ini...

Rabu

8.30 pagi: Belumpun surut rasa teruja dibuai keselesaan di Kampung Air, kami dihidang pula dengan menu istimewa penuh eksklusif di Kafe Le Lac. Lokasi kafe yang menghadap tasik memberi suasana mendamaikan.

9.30 pagi: Kami dibawa menjelajah ke beberapa kawasan perkampungan di sekitar Bukit Merah dan berpeluang melihat kanak-kanak kecil sedang berseronok menangkap belut di kawasan penanaman purun. Keheningan di Kampung Selamat yang menghadap tasik berlandskap Taman Tema Bukit Merah juga memberikan aura pagi yang indah.

10.45 pagi: Lawatan diteruskan dengan menaiki bot ke Pulau Orang Utan yang menempatkan 21 orang utan. Berbaloi meninjau kawasan seluas dua hektar itu kerana berpeluang melihat dengan lebih dekat kehidupan spesies lindungan itu serta pelbagai aspek lain yang diberi perhatian dalam projek pembiakan orang utan terus membiak.

12.15 tengah hari: Perut yang bagai berkeroncong lapar diisi dengan keenakan juadah di Taiping Golf Resort. Menu yang disediakan membangkitkan selera kami sebaik hidangan mula dijamah. Pemandangan padang golf seluas saujana mata memandang juga melekakan.

2 petang: Menambah keseronokan bercuti, kami dibawa melawat sekitar daerah ini. Taiping bukan sekadar mempunyai lokasi menarik tetapi sarat dengan khazanah sejarah. Ini terbukti apabila kami melawat Muzium Perak, sebuah muzium tertua di Asia yang ditubuhkan kerajaan British pada 1883. Muzium ini masih mengekalkan binaan tradisi British. Jangan tidak tahu, Muzium Perak adalah muzium pertama di Malaysia.

3.30 petang: Kami dibawa meneroka bandar Taiping. Kami melihat keunikan bandar ini dengan banyak binaan bersejarah termasuk Penjara Taiping, tidak jauh dari Taman Tasik Taiping. Struktur kedai di bandar ini juga menampilkan konsep lama yang meninggalkan nostalgia kepada pengunjung.

5 petang: Keindahan panorama di Taman Tasik Taiping menjadi antara kenangan menarik pada lawatan singkat kami. Kehijauan taman ditambah pokok besar dengan dahan menjalar mencecah bumi cukup mempesonakan. Rasanya, tidak ada taman tasik lain di negara ini mampu menandingi keindahan di Taman Tasik Taiping. Begitu indah dan mendamaikan.

6.30 petang: Penat berjalan menyusuri taman tasik yang luas, kami berhenti seketika untuk menikmati minum petang di kedai makan Kak Noor di tepi tasik. Kami tidak teragak-agak mencuba menu istimewa, laksa buyung iaitu laksa dengan kuah yang dimasak dalam buyung. Rasanya diakui enak dan ada kelainan berbanding laksa biasa.

8 malam: Kami menempuh pengalaman baru apabila dibawa melawat Night Safari iaitu zoo yang dibuka pada waktu malam. Idea ini cukup bernas bagi membolehkan pengunjung melihat lebih dekat tabiat haiwan ketika hari gelap. Sungguh menarik menyusuri zoo menaiki kereta api biarpun ada antara haiwan peliharaan sudah tidur nyenyak.

10 malam: Makan malam pada malam itu sungguh menyelerakan. Kami dibawa ke Pusat Penjaja Taiping bersebelahan balai bomba. Penulis biarpun jemu dengan sate kerana menetap di Kajang yang cukup terkenal dengan satenya, sate di Taiping ada kelainannya. Tidak pernah penulis menikmati sate limpa yang sangat enak. Sejenis lagi juadah iaitu yong taufu juga enak dan berbeza rasanya.

Khamis

11 pagi: Tidak puas melihat haiwan di Night Safari, kami melawat Ecopark diBukit Merah. Kali ini kami benar-benar puas kerana jarak antara kami dan haiwan sangat dekat, malah boleh menyentuh haiwan liar termasuk ular dan iguana. Pertunjukan haiwan yang disaksikan ramai pelancong asing juga cukup menghiburkan.

2 petang: Keriangan sebenar di Bukit Merah pastinya taman tema yang menyediakan pelbagai permainan air. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya kami bermain termasuk merasai deruan ombak di pantai tiruan. Pengalaman melihat keindahan taman tema itu dari aras udara dengan menaiki kerusi bergerak juga sangat mengujakan.

4 petang: Pengalaman dua hari di Bukit Merah meninggalkan kesan malah kami meninggalkan daerah ini dengan penuh kerinduan dan hasrat bertandang lagi.

FAKTA

* Pusat Peranginan Bukit Merah dibangunkan oleh MKLand. Ia terletak di utara Perak iaitu tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Taman Air Bukit Merah mempunyai 10 tarikan utama iaitu Boomerang, Giant Wet Bubble, Monsoon Lagoon Wave, Water Speed Slide, Body Slides, Giant Tube Rides, Lazy Rider dan Kids Adventure River.

* Bayaran yang dikenakan ialah RM47 untuk dewasa, RM37 untuk kanak-kanak dan percuma bagi kanak-kanak di bawah ketinggian 90 sentimeter.

* Muzium Perak terletak berhadapan Penjara Taiping. Untuk ke Muzium Perak, pelawat boleh memilih untuk memandu atau menggunakan kenderaan awam yang mudah didapati di sekitar bandar ini

From: Masrina Lina <masha2488@yahoo.com.my>
Subject: Re: [sim] INFO : Mee Udang kelas
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thursday, 23 December, 2010, 1:08 AM

Tuan2 dan puan2..
Bagi la info yg complete...alamat dsb....


From: ADAHASIL ENTERPRISE <adahasilkomputer@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 23 December 2010 16:54:27
Subject: Re: [sim] INFO : Mee Udang kelas

Di Kuala Sepetang takde. Tapi di Kuala Gula dan Tasik Raban ada la.



From: "liana.mdtai@gmail.com" <liana.mdtai@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 23 December 2010 10:48:08
Subject: Re: [sim] INFO : Mee Udang kelas



Ada sapa2 tau kat mana Kuala Sepetang yg ada chelet atas tasik? Rasanya pernah ternampak dlm majalah tiga tapi tak cakap pulak lokasi kat mana. Kalau boleh bagi la coordinate.

Jazakallah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Tue, 21 Dec 2010 19:15:51 -0800 (PST)
To: <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [sim] INFO : Mee Udang kelas


mee udang Kuala Sepetang, dengan lebih tepat lagi Mee Udang Mak Jah kelas, tidak terlalu bau hamis udang. Enak, sekali makan nak dua kali

No comments:

Post a Comment