My Honey Moon

Get Me There ...

Wednesday 23 February 2011

Memandu di UK

Salam,

insya-Allah saya dan keluarga akan bercuti ke UK pada bulan 3 ni. Kami merancang untuk sewa kereta dan pandu sendiri di sana. Perlu apply lesen antrabangsa ke untuk memandu di sana? Ada masalah ke kalau kita yang x pernah memandu selain dari tempat sendiri? Sesiapa yang ada pengalaman tinggal/memandu di UK, sudi-sudikan lah berkongsi pengalaman. Tq

-zamJ-

Kalau ikut undang2 sana memanglah laku lesen msia dan beberapa negara setahun sahaja,buat rugi

sahaja ambil lesen antarabangsa sebab kalau pakai lesen antarabangsapun lesen laku setahun sahaja

tak leh renew dah sebab kena ambil lesen diaorang ada negara yg boleh transfer lesennya ke lesen uk

tanpa perlu test driving kat sana macam negara s.pore,hong kong dll..saya pernah tinggal dan memandu

di london dan hanya guna lesen msia selama beberapa tahun,tak pernah di tahan polis,kat sana jarang nak tahan2 ni kalau kita pandu ikut peraturan, ramai yg seperti saya terutama student yg belajar lebih setahun jarang nak ambil lesen sana sebab susah gak,rakyat sanapun sampai ada ulang beberapa kali baru lulus,

kos sekali belajar bukannya murah,patut kerajaan msia buat mou dgn kerajaan sana supaya lesen

kitapun laku macam rakyat s.pore,h.kong.

kepada zam jamal anda boleh guna lesen msia sebab lesen kita laku setahun,tak perlu beli lesen antarabangsa beli di jpj sebab lesen kitapun dah laku,kalau kena tahanpun dia akan tanya lesen dan passport untuk tenguk bukti kedatangan kita tak sampai setahun.

peta jgn lupa,peta mereka begitu detail,jln kecil2 ada dalam memang tak sesat,makanpun senang byk kedai pakistan dan arab dimana2 bandar2 besar diorang,kalau tak jumpa makanan halalpun beli makanan yg ada tanda daun sesuai untuk vegetarian maknanya tiada campuran apa2 daging..supermarket saiburys,tesco dan asda ada terletak merata ceruk negara diorang jadi mudahlah dapatkan makanan halal atau vegi di sana.

kalau nak round pakai kereta bandar macam london kena bayar £10 http://www.tfl.gov.uk/roadusers/congestioncharging/,kecuali sabtu ahad dan malam..baik takyah dahlah susah nak parking,kalau dapatpun mahal,beli oyster kad https://oyster.tfl.gov.uk/oyster/entry.do ada di jual merata tempat,guna kad oyster naik bas dapat separuh harga berbanding bayar cash,naik bas lagi seronok dan biasanya byk,cepat dan sampai tepat di tempat yg kita naik lawati yg penting peta bandar ada ditangan,kalau seharian nak jalan beli kad 1 day travelling lebih murah,oyster juga boleh guna untuk naik keretapi bawah tanah diorang http://www.tfl.gov.uk/modalpages/2625.aspx selamat bercuti.

dibawah ini boleh dibaca syarat2 lesen memandu kita ...

Ada byk lagi perbincangan klik link ini http://www.google.com.my/search?q=malaysian+driving+licence+united+kinggdom&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a#hl=en&client=firefox-a&hs=WNa&rls=org.mozilla:en-US:official&&sa=X&ei=QpgjTbD1AojQcb_vhbEK&ved=0CBUQvwUoAQ&q=malaysian+driving+licence+united+kingdom&spell=1&fp=40cb849c263bd31d

-ibrahim-

ambil lesen kat jpj utk antarabangsa...kena cas dlm rm120..lebih kurang gitu la

-burn-

salam...

saya belum pernah drive kat UK...tapi nak drive kat oversea perlukan permit antarabangsa....JPJ kita ada keluarkan permit/doc tu....dalam doc tu menyatakan kita ada lesen memandu kat negara kita dan doc tu sebagai translation dalam beberapa bahasa....kadang2 polis kat sana tak tahan pun kita, macam kat sini gak, kalu kena tahan so kena tunjukkan la lesen & permit....tapi elok jangan take risk.....

TQv –fahrul-

salam

biasa nya negara komenwel bisa berkongsi apa saja. saya biasa memandu di NZ . tiada masalah . contoh terdekat ialah Singapore .

-abdullah-

Saya rasa lebih... Hari tu saya cuba minta kat AAM (biasanya lesen a/bangsa dia orang yang uruskan) diorang kata memadailah guna lesen Malaysia kerana laku dalam semua negara Komanwel.

-rahman-

yes dulu kami pernah buat begitu memang tak perlu lesen antarabangsa cukup dengan lesen kita sahaja...

-sharifah-

Kalau duk kurang dari 1 tahun tak perlu lesen antarabangsa..lesen Malaysia pun laku disana tapi apa2 pun buat la semakan di pakcik GOOGLE sebab byk peraturan2 baru yg dikena oleh pentadbiran kerajan UK yg baru ni .. Yg terkini utk visa pelancung pun hanya di beri 30 hari bukan lagi 6 bulan seperti dulu.

-abdMad-

better ada international lesen, boleh apply kat mana2 jpj which is cost about rm150, valid utk setahun shj dan acceptable mana2 car rental di uk even di europe country.

-idrus-

Salam.....masa masih ada cuba hubungi JPJ tentang prosidur untuk memandu di UK. Kami biasa memandu dari London Gatwick ke Scotland Loch Ness dengan menggunakan lesen memandu yang dikeluarkan olih JPJ.Kebanyakan kereta Right hand drive.Road signages macam kita disini.Cuma satu pesan dari saya sewa kereta berserta dengan GPS.

-salim-

Monday 21 February 2011

Pakej Murah 5D4N HONG KONG +DISNEYLAND+SHENZHEN MUSLIM 12-16 MAR

Salam semua!!

Jom ikut kami melancong ke Hong Kong+Disneyland+Shenzhen dengan keluarga anda
pada cuti sekolah dari 12-16 Mar 2011.


Harga MURAH RM 2,750 BERSIH untuk seorang.

Menarik :
üHotel 4* berhampiran Masjid di Tsim Tsa Tsui
üMakanan Halal
üPeruntukan waktu solat
üHarga bersih – tiada caj terlindung
üPERCUMA BAG KEMBARA
üPERCUMA INSURAN PERJALANAN

Tempat terhad..cuma 8 seats sahaja tinggal!! DAFTAR SEKARANG


Thank You.

Best Regards
Nadiah bt Abas
Tour & Ticketing Consultant
World Travel Ambassador Sdn Bhd
No 12-1, Jalan USJ 9/5Q
47620 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : ++603-8023 6455
Fax : ++603-8023 6454
Email : mailto:nadia%40wtatravel.com.my
Website : www.wtatravel.com.my

Tuesday 15 February 2011

Homestay area Kulim, Sg Petani, Alor Star atau Jitra

Salam,

Pn. Lynda,


Kalau perlukan homestay area sg.petani boleh try search kt mudah.my utk tgk photo homestay seperti yg d nyatakn dibawah. Search homestay 575. Homestay ni milik kawan kakak saya..klu rasa ok..boleh la call owner nyerr..


sekian, terima kasih.

Alamat Homestay tersebut ialah No:575, Taman Delima, 08000 Sungai Petani , Kedah.

Antara kemudahan yang disediakan ialah :
. Rumah Semi D sederhana End Lot
. Setiap bilik disediakan alat Penghawa Dingin
( 3 bilik )2 bilik air.
. Setiap bilik disediakan peti TV (Digantung)
. Tilam exra ( 5 )
. Perkhidmatan Internet
. Perabut lengkap ( TV 29 inci di ruang tamu, set meja makan, peti Sejuk 2 pintu,
dapur untuk memasak, Seterika, Periuk Nasi Elektrik dan Pinggan mangkuk )
.10 minit dari pusat bandar.
. Berdekatan dengan UITM Caw. Sungai Petani , AIMST, MRSM Merbok (20 minit)
. Dari susur keluar tol SP Selatan dalam 10 minit
. Berdekatan dengan Supermarket Giant dan Tesco SP Selatan
. Berdekatan dengan pusat jualan makanan

Sewa yang dikenakan amat berpatutan iaitu antara RM 180 - RM 200 semalam. Rumah boleh menampung sehingga 15 orang. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya Puan Sharifah Noor Azimah Bt Syed Ahmad (012-5786095)
______________________________________________________
Salam buat sahabat2 SIM

Kalau anda tahu homestay sekitar Kulim, Sg Petani, Alor Star atau Jitra, tolong bgtau yer.

Saya ada family trip ke Kedah dan memerlukan homestay utk seisi keluarga.

Terima kasih



--- On Sun, 2/13/11, Lynnda <nlynnda@yahoo.co.uk> wrote: