My Honey Moon

Get Me There ...

Sunday, 2 January 2011

Hotel Mana Best Di Langkawi (Kuah)

Salam,

Nak minta pendapat bagi yang selalu pergi bercuti di Langkawi. Saya nak booking hotel/resort yang harga berpatutan (family) berhampiran dengan shopping centre. Ingin bercuti musim cuti sekolah bulan Mac 2011. Mohon cadangkan hotel/resort yang berhampiran. Dah search kat internet tapi banyak sangat hotel tak tahu mana satu yang ok. Tak pernah pergi ke Langkawi. Pertama kali pergi untuk bawa keluarga bercuti.

-Tengku-

____

saya br balik langkawi...1st time pergi gak....erm elok gi Hotel Langkasuka...dia dekat bandar...hotel ni bercantum ngan pusat membeli belah...parking lot dia besar (leh parking kereta sewa kat situ)...free...saya ada anak kecik pun x risau nak beli pampers n porridge (ada marrybrown kat pasaraya tu)...kalau malas nk gi shopping coklat kat Idamansuri atau Hj Ismail, leh beli kat ground level pasaraya tu...

turun flight, akan ada agen2 sewa kereta...harga standardla...aritu sewa wira pun RM80 sehari (alasan cuti sekolah)...kat Langkawi ni x silap ada 3 roundabout dan 12 trafficlight jer...tak sesat laaa

aritu saya beli coklat 12kilo...then hantar balik Negeri Sembilan (Bahau) guna kurier Kanggaroo ...dia charge RM25 jer tapi seminggu sampai ...kurier nie pun dekat ngan area Hotel Langkasuka tu...

-azman-

________

Untuk family kondo istana...ada 2 rooms apartment, ada 3 rooms apartment. ada cooking facility, rice cooker, dapur masak (ada gas), fridge, microwave...kat hall pun boleh buat tempat melepak untuk tido. walking distance to pantai kuah, sopink macam haji ismail...

Onie

Salam.

Saya selalu pergi Langkawi menginap di Hotel Langkasuka ataupun Grand Continental. Dekat ngan Pekan Kuah. Nak p shopping kat Idaman suri pun dekat. Kedai makan banyak. depan hotel pun ada kedai mamak. Boleh pekena roti canai. Harga nya pun tak mahal sangat. Seratus lebih je. Kalau kakitangan kerajaan dapat diskaun lagi. Tapi kalau nak g pantai jauh sikit la.

Saya suka pantai Cenang. Chalet macam rumah semi D. Ok gak. Pun seratus lebih je. Tapi jauh sikit la ngan Pekan Kuah. Kalau boleh jangan pergi time cuti sekolah. Nanti semua nya naik harga. Parking kereta di tanah besar (Kuala Kedah atau Kuala Perlis) pun naik harga dua kali ganda. Itu belum sewa kereta di Langkawi lagi. Lagi satu saya nak bagi tau, kalau nak sewa kereta jangan ambil melalui ulat yang berada di Jeti Tanah Besar. Tunggu sehingga sampai di Kuah dulu. Kalau ambil dulu, alamat nya dapat kereta yang tak memuaskan hati. Nak kata apa lagi. Deposit dah bayar. Ambil je lah. Kalau dah sampai Langkawi, tenguk kereta dulu baru ambil itu paling selamat.

Terima Kasih.

ADAHASIL

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Cuba masuk website ini http://www.langkawi-resorts.com/citybayview/

Boleh dapat clear picture. Lagi pun hotel berdekatan dgn tpt shopping dan gerai untuk makan pun dekat.

Wassalam

AdliS

amboi.. nak shopping yeee...

ini senarai hotel di pekan kuah

jalan kaki ke pekan kuah:

bayview hotel

condo istana

langkawi baron

jauh sikit (kena naik kete):

eagle bay hotel

century suria apartment

hotel bahagia

sinaran motel

budget hotel (tidak diketahui jaraknya tp dlm pekan kuah jugak):

akasia hotel

azio hotel

1 motel citin

hotel langkawi

hotel langkasuka

selamat bershoping

NurulAzwan

salam tengku radhiah

kalau nak bajet motel..try lah motel gaya atau sri pulau

kalau nak sederhana - try kondo istana atau hotel seaview atau hotel region

kalau nak mahal - try city bayview atau hotel grand continental

maklumat terkini boleh telefon tourism malaysia/langkawi.

selamat bercuti

opahni..

apa yg nurul azwan bgtau tu btul...cume tbh lagi satu

jalan kaki ke pekan kuah:

bayview hotel

condo istana

langkawi baron

MY hotel

klu stay di langkawi baron & My hotel kira anda beruntung skit sbb setiap ari rabu n sabtu kwsn tu ada psr mlm so korang leh la beli mknan or beli brg2 yg ada di psr tu..

-noranis-

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete