My Honey Moon

Get Me There ...

Friday 31 December 2010

Rumah Penginapan di Taiping

Rumah Penginapan di Taiping

RUMAH PENGINAPAN DI TAIPING
Click to view the next image.


Jika anda berkunjung ke Taiping, walau apa jua tujuan anda, kami menyediakan
sebuah rumah (Banglo) penginapan yang terletak di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Taiping.
Lokasi menarik.
Berhampiran jalan utama, tetapi bebas dari gangguan bunyi kenderaan. Ada
kemudahan bas dan teksi.
3 bilik tidur dan 3 bilik air.
3 minit untuk ke Masjid, Pasar Malam, Kedai serbaneka 24 jam, stesyen minyak
Petronas.
5 minit ke Bandar Taiping (Safari Night, Zoo, Muzium, Taman Tasik, MRSM,
SERATAS, Bukit Larut dll).
10 minit ke TOL Changkat Jering.
15 minit ke Kamunting, TESCO, GIANT, The STORE
25 minit ke Lake Town Bukit Merah.
30 minit ke Kuala Gula.
Photobucket
Kalau menginap 2 hari atau lebih, diskaun 10%.
Amat sesuai untuk membawa keluarga bercuti, kenduri (bertanggak), bulan madu,
tugasan luar, hantar anak ke sekolah berasrama (MRSM, SERATAS, TEKNIK) dan
sebagai nya.
Hanya RM160.00 untuk semalam. Kadar tetap sama walaupun pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah atau Cuti Am. Diskaun 10% jika menginap 2 hari atau lebih.
Untuk maklumat lanjut, boleh telefon 05 8551489 / 05 8551458 / 013 5288742 untuk tempahan.

Wednesday 29 December 2010

Melancong ke Singapore Sentosa - Universal Studio [1 Attachment]

PACKAGE 1

DAY TRIP DISCOVERY SINGAPORE SENTOSA

( Plz refer the date as below )

Day 1 : Kuala Lumpur - Singapore

Assemble at appointed venue at 9.00 p.m to Singapore by air –conditioned coach ( bus ).

Day 2 : Singapore – Kuala Lumpur ( L )

After clearance immigration, continue journey to Sentosa Island, Image of Singapore, Singapore City. Having a lunch and free time for shopping until transfer to the Kuala Lumpur at 10 p.m.

PACKAGE 2

DAY TRIP DISCOVERY SINGAPORE SENTOSA

( Plz refer the date as below )

Day 1 : Kuala Lumpur - Singapore

Assemble at appointed venue at 9.00 p.m to Singapore by air –conditioned coach ( bus ).

Day 2 : Singapore – Kuala Lumpur ( L )

After clearance immigration, continue journey to Sentosa " Singapore Universal Studios" Sentosa Island, Image of Singapore, Singapore City. Having a lunch and free time for shopping until transfer to the Kuala Lumpur at 10 p.m.

AVAILABLE DATE : EACH TRIP JUST FOR 27 PAXS

TRIP JUST AVAILABLE IN

JANUARY

TENTATIVE DATE

PACKAGE

PRICE

MONTH

DATE

( RM )

JANUARY

7 - 8

1

100

8 - 9

1

100

14 - 15

1

100

15 - 16

2

299

21 - 22

1

100

22 - 23

2

299

28 - 29

1

100

29 - 30

2

299

Inclusive of:

Ø Tour transfers as stated in the itinerary

Ø 1x Lunch

Ø Sightseeing as stated in the itinerary

Ø Local English-speaking guide

Exclusive of:

Ø Personal expenses

Ø Items not mentioned in the itinerary / inclusions

JOM CUTI-CUTI ................

Day Trip Discovery Singapore 3.pdf



Photobucket

Monday 27 December 2010

Homestay di Shah Alam

PROMOSI : SEMUA TEMPAHAN HOME PACKAGE SERTA BAYARANNYA YANG DIBUAT 14 HARI SEBELUM TARIKH PENGINAPAN AKAN DIBERI DISKAUN 10%. INI BERMAKNA HARGA BAGI WEEKEND (JUMAAT- AHAD) IALAH RM252 DAN BAGI WEEKDAYS (ISNIN-KHAMIS) IALAH RM180 SAHAJA. SILA HUBUNGI 018-3870705/ 019-2190124/ 019-2110124 UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SEGERA DAN DAPATKAN NOMBOR AKAUN UNTUK PEMBAYARAN.

Penginapan ini adalah untuk Muslim sahaja bagi memastikan semua barangan dalam rumah adalah HALAL.

Anda bermasalah untuk mencari tempat tinggal yang sesuai dengan citarasa anda? Anda rindukan rumah anda walaupun hakikatnya anda berada jauh dari rumah? Jangan risau kerana kami bersedia menyelesaikan masalah tersebut. Kami menyediakan sebuah rumah berkonsepkan Homestay di Seksyen 7, Shah Alam. Lokasi yang amat bersesuaian dan strategik serta berdekatan dengan kemudahan awam. Homestay ini mengandungi 4 buah bilik serta 3 buah bilik air dan amat sesuai untuk mereka yang ingin menghadiri

i. majlis konvokesyen,
ii. majlis perkahwinan,
iii. pendaftaran masuk ke IPTA/IPTS,
iv. kursus
v. atau apa saja yang memerlukan anda berada bersama keluarga sambil bersantai NAMUN kerja2 tetap dapat dijalankan dengan lancar.

Hakikatnya homestay ini amat berbaloi untuk semua tujuan.

Homestay ini berdekatan dengan:-

1. Surau yang terletak berhadapan rumah serta dewan dan padang permainan kanak2
2. UiTM
3. Kolej UNISEL / INPEN (5 minit)
4, Klinik Kesihatan seksyen 7 (5 minit)
5. I-City (5 minit)
6. Kompleks Kebudayaan dan Belia (5 minit)
7. Bukit Cerakah (10 minit)
8. SACC (15 minit)
9. Kompleks PKNS (15 minit)
10. Pusat Perniagaan Seksyen 9 (10 minit)
11. Pusat Bandar Seksyen 14 (10-15 minit)
12. Taman Tasik Shah Alam (10-15 minit)
13. Klang Jusco (15 minit)
14. Pasaraya Tesco & Giant (15-20 minit)

Kami juga ingin menyediakan sewaan bilik (minimum 2 bilik) sekiranya anda tidak memerlukan satu rumah homestay ini. Bahkan kami juga menyediakan package2 yang berlainan seperti :-

1. Home package – (4 bilik) - RM280/malam
2. Premier room A - (queen bed, air-cond serta attached bilik air) – RM100/malam
3. Premier room B - (queen bed, kipas dan external bilik air) – RM80/malam
4. Premier room C - (dua single bed, kipas dan external bilik air) -RM70/malam
5. Premier room D - (dua single bed, kipas dan external bilik air) – RM65/malam

Bagi yang ingin menginap dengan tempoh yang panjang, harga di atas boleh dirundingkan. Walau apa sekalipun pilihan, anda tetap berhak menggunakan segala kemudahan yang sedia ada di rumah ini.

Di sini anda boleh menikmati segala kemudahan yang di sediakan sebagaimana anda berada di rumah sendiri tanpa perlu bersusah payah dan juga tanpa gangguan ketukan pintu serta deringan talipon. Anda boleh memasak,membasuh, menggosok pakaian serta menonton televisyen kerana kemudahan tersebut ada di sediakan di rumah ini. Kemudahan yang disediakan adalah seperti :

1. Dapur memasak
2. Cerek air panas
3. Pinggan mangkuk serta sudu
4. Televisyen (Astro)
5. Master bedroom berhawa dingin
6. Meja makan
7. Sofa
8. Peti sejuk
9. Mesin basuh
10. Bilik air master bedroom ada water heater
11. Sejadah
12. Al-Quran & Surah Yaasin

Apa di tunggu lagi? Untuk Tempahan, sila hubungi:

i. Hjh Ros Anita +6018-387 0705/ +6019-219 0124/ +603-5198 0124
ii. Hj Azrin +6019-211 0124

Anda tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk meletak kereta sekiranya anda menginap secara berkumpulan kerana rumah ini adalah di corner lot. Anda juga tidak akan menghadapi kesukaran untuk mencari homestay ini dan sekiranya anda menghadapi kesukaran mencarinya maka hubungi kami dengan segera.
Kami menunggu anda di homestay kami yang terletak di alamat :
No. 1, Jalan Jasper 7/15,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam.
mailto:roseanieta2006%40yahoo.com.my dan pembayaran boleh di buat melalui maybank2u dan sila dapatkan pengesahan tarikh dari kami terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang pembayaran.
Photobucket
KEPUASAN ANDA KEGEMBIRAAN KAMI

Closest town: Shah Alam


Lawn: Yes
BBQ area: Yes
Air Conditioning: Yes
Pets allowed: No
Furnishings: Furnished
Washing Machine: Yes
Freezer: Yes
Television: Yes
ASTRO/Satellite TV: Yes
Kitchen : Yes
Close to Police Station: Yes
Close to shops: Yes
Close to schools: Yes
Close to Banks: Yes

Thursday 23 December 2010

Percutian di Kampung Air, Bukit Merah, Taiping

Mee Udang kelas


Source :Berita Harian,1 August 2009


Photobucket

1 of 3
  • MUZIUM Perak di Taiping adalah muzium tertua di Asia yang dibuka pada 1883.

BUKIT Merah makin popular sejak pembukaan taman tema pada 1995, disusuli beberapa projek pembangunan seperti Kolej Kejururawatan Bukit Merah dan Pulau Orang Utan yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia.

Konsep bercuti sambil berhibur di Taman Tema Bukit Merah menjadikan destinasi pelancongan ini sesuai dinikmati seisi keluarga menjadikan kunjungan ke utara Perak amat berbaloi
Orang ramai juga boleh melawat daerah sekitar terutama bandar Taiping yang kaya dengan keindahan alam, bangunan kolonial dan hening taman tasik yang menjadi ikon bandar ini.

Kumpulan media baru-baru ini berpeluang melawat Bukit Merah bagi meninjau tarikan dimiliki daerah ini. Dengan kerjasama pegawai dari MKLand, kami dibawa menjelajah seluruh kawasan dan berseronok di Bukit Merah.

Setibanya di Bukit Merah, kami dibawa ke bilik penginapan di Kampung Air iaitu sebuah chalet atas air yang cukup mengujakan serta kaya dengan keindahan struktur binaan serta konsep kemudahan ini. Ikuti catatan ini...

Rabu

8.30 pagi: Belumpun surut rasa teruja dibuai keselesaan di Kampung Air, kami dihidang pula dengan menu istimewa penuh eksklusif di Kafe Le Lac. Lokasi kafe yang menghadap tasik memberi suasana mendamaikan.

9.30 pagi: Kami dibawa menjelajah ke beberapa kawasan perkampungan di sekitar Bukit Merah dan berpeluang melihat kanak-kanak kecil sedang berseronok menangkap belut di kawasan penanaman purun. Keheningan di Kampung Selamat yang menghadap tasik berlandskap Taman Tema Bukit Merah juga memberikan aura pagi yang indah.

10.45 pagi: Lawatan diteruskan dengan menaiki bot ke Pulau Orang Utan yang menempatkan 21 orang utan. Berbaloi meninjau kawasan seluas dua hektar itu kerana berpeluang melihat dengan lebih dekat kehidupan spesies lindungan itu serta pelbagai aspek lain yang diberi perhatian dalam projek pembiakan orang utan terus membiak.

12.15 tengah hari: Perut yang bagai berkeroncong lapar diisi dengan keenakan juadah di Taiping Golf Resort. Menu yang disediakan membangkitkan selera kami sebaik hidangan mula dijamah. Pemandangan padang golf seluas saujana mata memandang juga melekakan.

2 petang: Menambah keseronokan bercuti, kami dibawa melawat sekitar daerah ini. Taiping bukan sekadar mempunyai lokasi menarik tetapi sarat dengan khazanah sejarah. Ini terbukti apabila kami melawat Muzium Perak, sebuah muzium tertua di Asia yang ditubuhkan kerajaan British pada 1883. Muzium ini masih mengekalkan binaan tradisi British. Jangan tidak tahu, Muzium Perak adalah muzium pertama di Malaysia.

3.30 petang: Kami dibawa meneroka bandar Taiping. Kami melihat keunikan bandar ini dengan banyak binaan bersejarah termasuk Penjara Taiping, tidak jauh dari Taman Tasik Taiping. Struktur kedai di bandar ini juga menampilkan konsep lama yang meninggalkan nostalgia kepada pengunjung.

5 petang: Keindahan panorama di Taman Tasik Taiping menjadi antara kenangan menarik pada lawatan singkat kami. Kehijauan taman ditambah pokok besar dengan dahan menjalar mencecah bumi cukup mempesonakan. Rasanya, tidak ada taman tasik lain di negara ini mampu menandingi keindahan di Taman Tasik Taiping. Begitu indah dan mendamaikan.

6.30 petang: Penat berjalan menyusuri taman tasik yang luas, kami berhenti seketika untuk menikmati minum petang di kedai makan Kak Noor di tepi tasik. Kami tidak teragak-agak mencuba menu istimewa, laksa buyung iaitu laksa dengan kuah yang dimasak dalam buyung. Rasanya diakui enak dan ada kelainan berbanding laksa biasa.

8 malam: Kami menempuh pengalaman baru apabila dibawa melawat Night Safari iaitu zoo yang dibuka pada waktu malam. Idea ini cukup bernas bagi membolehkan pengunjung melihat lebih dekat tabiat haiwan ketika hari gelap. Sungguh menarik menyusuri zoo menaiki kereta api biarpun ada antara haiwan peliharaan sudah tidur nyenyak.

10 malam: Makan malam pada malam itu sungguh menyelerakan. Kami dibawa ke Pusat Penjaja Taiping bersebelahan balai bomba. Penulis biarpun jemu dengan sate kerana menetap di Kajang yang cukup terkenal dengan satenya, sate di Taiping ada kelainannya. Tidak pernah penulis menikmati sate limpa yang sangat enak. Sejenis lagi juadah iaitu yong taufu juga enak dan berbeza rasanya.

Khamis

11 pagi: Tidak puas melihat haiwan di Night Safari, kami melawat Ecopark diBukit Merah. Kali ini kami benar-benar puas kerana jarak antara kami dan haiwan sangat dekat, malah boleh menyentuh haiwan liar termasuk ular dan iguana. Pertunjukan haiwan yang disaksikan ramai pelancong asing juga cukup menghiburkan.

2 petang: Keriangan sebenar di Bukit Merah pastinya taman tema yang menyediakan pelbagai permainan air. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya kami bermain termasuk merasai deruan ombak di pantai tiruan. Pengalaman melihat keindahan taman tema itu dari aras udara dengan menaiki kerusi bergerak juga sangat mengujakan.

4 petang: Pengalaman dua hari di Bukit Merah meninggalkan kesan malah kami meninggalkan daerah ini dengan penuh kerinduan dan hasrat bertandang lagi.

FAKTA

* Pusat Peranginan Bukit Merah dibangunkan oleh MKLand. Ia terletak di utara Perak iaitu tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Taman Air Bukit Merah mempunyai 10 tarikan utama iaitu Boomerang, Giant Wet Bubble, Monsoon Lagoon Wave, Water Speed Slide, Body Slides, Giant Tube Rides, Lazy Rider dan Kids Adventure River.

* Bayaran yang dikenakan ialah RM47 untuk dewasa, RM37 untuk kanak-kanak dan percuma bagi kanak-kanak di bawah ketinggian 90 sentimeter.

* Muzium Perak terletak berhadapan Penjara Taiping. Untuk ke Muzium Perak, pelawat boleh memilih untuk memandu atau menggunakan kenderaan awam yang mudah didapati di sekitar bandar ini

From: Masrina Lina <masha2488@yahoo.com.my>
Subject: Re: [sim] INFO : Mee Udang kelas
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thursday, 23 December, 2010, 1:08 AM

Tuan2 dan puan2..
Bagi la info yg complete...alamat dsb....


From: ADAHASIL ENTERPRISE <adahasilkomputer@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 23 December 2010 16:54:27
Subject: Re: [sim] INFO : Mee Udang kelas

Di Kuala Sepetang takde. Tapi di Kuala Gula dan Tasik Raban ada la.



From: "liana.mdtai@gmail.com" <liana.mdtai@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 23 December 2010 10:48:08
Subject: Re: [sim] INFO : Mee Udang kelas



Ada sapa2 tau kat mana Kuala Sepetang yg ada chelet atas tasik? Rasanya pernah ternampak dlm majalah tiga tapi tak cakap pulak lokasi kat mana. Kalau boleh bagi la coordinate.

Jazakallah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Tue, 21 Dec 2010 19:15:51 -0800 (PST)
To: <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [sim] INFO : Mee Udang kelas


mee udang Kuala Sepetang, dengan lebih tepat lagi Mee Udang Mak Jah kelas, tidak terlalu bau hamis udang. Enak, sekali makan nak dua kali

Wednesday 15 December 2010

Bercuti ke Cameron Highland

SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLANDS

Kami menyediakan apartment untuk famili dan perseorangan di Bandar Brinchang dan Tanah Rata, Cameron Highlands. KEdai makan Muslim depan Masjid Kayangan, Brinchang. Menyediakan dan menerima tempahan Penang Char Kuew Teow, NAsi Lemak Ayam Berempah, Satay Cameron dan Jagung Bakar. Pelbagai bunga Segar harum dan Tea. Tel/SMS: 017-9257 191. Helmi. Wassaalam

SKin2 Widget

Wednesday 8 December 2010

Homestay Chukai, Kemaman

Photobucket
Call 0193291311

WANTI SAYANG HOMESTAY KEMAMAN

Anda sedang mencari penginapan di Chukai, Kemaman? Wanti Sayang Homestay menyediakan penginapan yang selesa, luas dan bersih dengan harga yang berpatutan.

http://wantisayanghomestay.blogspot.com

__,_._,___