My Honey Moon

Get Me There ...

Tuesday 6 April 2010

My Port Dickson Honey Moon

Bakal Mempelai yang rupawan dan jelitawan;

Disini disediakan pakej berbulan madu di Hotel Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Lokasi sesuai sekali dengan berbulan madu ... pantai yang indah dan banyak tempat yang bersejarah yang boleh dilawati.

Lokasi...



Bilik di sini sememangnya sesuai untuk berdua-duaan bagi mula mencari hala tujuan bagi sebuah kehidupan ...

------- Studio Room (Subject to avialbility)
-------------- Musim Cuti Sekolah : RMxxx semalaman
-------------- Luar Cuti Sekolah : RM195 semalaman
-------------- Tempoh tinggal paling minima : 3 hari 2 malam

Aktiviti yang boleh dilakukan di sana (disamping bermain air) adalah mengenali bandar dan kawasan sekitar Port Dickson.
Photobucket
Di Port Dickson ...
Kawasan pesisiran pantai Port Dickson (PD) terkenal sebagai destinasi percutian hujung minggu. Ramai warga kota yang bertandang ke sini setiap ada kelapangan.

Bagi mereka yang tidak tahu, nama Port Dickson ini sebenarnya diambil sempena nama seorang pegawai British Sir Joh Frederik Dickson pada 1889.

Ada juga yang mengatakan nama itu sebenarnya adalah nama seorang pegawai British yang menjaga pelabuhan British yang mengendalikan timah di Lukut (daerah Port Dickson) pada satu ketika dahulu.

Port Dickson terkenal kerana kawasan pantai, yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Terdapat juga tempat penginapan bagi mereka yang ingin bercuti di sini.

Selain pantai-pantai yang indah, terdapat juga kemudahan untuk sukan air dan aktiviti pantai yang tidak boleh didapati di pantai Timur ...

Pantai-pantai terkenal di kawasan ini adalah ...

------- Teluk Kemang

------- Teluk Biru

Selain itu terdapat juga tempat-tempat seperti ...

------- PD Mini Zoo

------- Musium Tentera dan Musium Lukut

Setiap satu mempunyai keunikan tersendiri.


***********************************************
###############################################

Pantai Teluk Kemang

Terletak di KM12 atau lebih dikenali sebagai Batu8 di Jalan Pantai. Pantai ini terkenal dikalangan pelancong-pelancong dengan aktiviti-aktiviti tepi pantai. Pantai sepanjang 1.8km ini selalunya dikunjungi oleh pelbagai golongan masyarakat dan pelancong dalam dan luar daerah. Kira-kira seramai 20 ribu ke 30 ribu pelanggan disetiap hujung minggu atau cuti umum. Terdapat kemudahan awam seperti gerai-gerai, tempat letak kereta, tandas dan mainan darat. Terdapat juga jualan cenderahati-cenderahati yang menarik perhatian pengunjung.






***********************************************
###############################################

Blue Lagoon (Teluk Biru)

Terletak 11km dari bandar Port Dickson. Lokasi terletak disebuah tempat yang aman dari kesibukan lalu lintas utama. Berhampiran dengan Blue Lagoon adalah Cape Rachado atau lebih dikenali sebagai Rumah Api Tanjung Tuan. Rumah api ini dibina pada abad ke 16. Digunakan sebagai panduan bagi pelayar-pelayar yang melalui Selat Melaka. Pemandangan pinggiran tanjung yang berhutan tebal serta laut yang membiru di sini amat mempesona. Terdapat beberapa jenis burung yang menjadikan kawasan ini tempat tinggalnya termasuk burung helang sewah yang sering kelihatan terbang mengelilingi kawasan ini.

Sumber gambar: http://trifter.com/asia-pacific/malaysia/visit-to-blue-lagoon-port-dickson-malaysia-blue-waters-and-relaxation/



***********************************************
###############################################

PD Mini Zoo

Hanya satu-satunya Zoo yang terletak di KM15 Jalan Pantai Port Dickson. Pelbagai haiwan terdapat di sana seperti kuda, arnab, unta, ayam, ular, monyet dan sebagainya. Terdapat juga kedai makan di Zoo berkenaan sambil memerhatikan gelagat haiwan-haiwan tersebut.




***********************************************
###############################################

Musium Tentera Port Dickson

Menariknya Musium ini adalah kerana ianya pertama kalinya di garap dengan kombinasi 3 tradisi iaitu INTERAKTIF, INFORMATIF dan SEJARAH. Clik pada gambar untuk makluman yang lebih mendalam.




***********************************************
###############################################

Musium Lukut ....

Muzium Lukut ini dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti) dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat dan bukti sejarah mengenai Lukut khususnya.

Ia juga berperanan mengimbas kembali sejarah kegemilangan Lukut serta tokoh-tokohnya dalam peristiwa sejarah negara untuk ditatapi generasi seterusnya. Ia juga menjadi arena menonjolkan elemen-elemen penting pertalian Lukut dengan senario politik di sekelilingnya bagi memperlihatkan fungsi dan kehebatan Kota Lukut sebagai kubu pertahanan yang melambangkan keunikan senibina tamadun Melayu. Selain itu, muzium ini menjadi tempat memelihara dan mengumpul sejarah kebudayaan negara termasuk artifak, dokumen dan monumen serta lain-lain tinggalan Kota Lukut untuk terus dipelihara dan disimpan.

Persembahan pameran terbahagi kepada tiga galeri. Pertamanya, Galeri Sejarah Lukut, keduanya, Galeri Budaya dan Adat, akhir sekali, Galeri Nassau. Muzium ini memperagakan pameran tetap dengan berbagai-bagai bahan termasuk bahan pameran yang dijelmakan dalam bentuk artifak, ilustrasi, gambar, model dan sebagainya


Thursday 1 April 2010

My Cherating Honey Moon

Bakal Mempelai yang rupawan dan jelitawan;

Disini disediakan pakej berbulan madu di Hotel Legend Cherating Kuantan Pahang. Lokasi sesuai sekali dengan berbulan madu ... pantai yang indah, kolam renang yang menarik dan blik hotel yang luas.

Lokasi ...



Bilik di sini sememangnya sesuai untuk berdua-duaan bagi mencari hala tujuan bagi sebuah kehidupan ...

------- Deluxe Room (Subject to availability)
-------------- Musim Cuti Sekolah : RM200 semalaman
-------------- Luar Cuti Sekolah : RM150 semalaman
-------------- Tempoh tinggal paling minima : 3 hari 2 malam

Aktiviti yang boleh dilakukan di sana (disamping bermain air) adalah mengenali bandaray Kuantan dan bandar Kemaman.
Photobucket
Di Kuantan ...
Selain dari shooping, anda juga dapat merasai keenakkan makanan yang disediakan oleh penduduk Kuantan. Antara yang popular adalah Keropok Mok Na, Nasi Lemak Zaman, Makan tengahari di Bukit Libya dan Ikan bakar di Tanjung Lumpur.

Pantai-pantai di Pahang ...
Ada tiga tempat yang popular dan indah sekali iaitu

------- Pantai Balok

------- Pantai Sepat

------- Pantai Chendor

Setiap satu mempunyai keunikan tersendiri.


Berikut adalah tempat-tempat yang disebutkan di atas sebagi panduan ....

**********************************************************
###############################################

Keropok Goreng dan ikan goreng di gerai Mok Na ...




**********************************************************
###############################################


Atau merasai Nasi Lemak Popular Zaman (Ala-ala Nasi Lemak Antarabangsa)...




**********************************************************
###############################################

Atau Membeli Keropok di Kemaman di kampung nelayan...







**********************************************************
###############################################

Atau bersiar-siar di Tanjung Lumpur merasai ikan bakar di teluk






**********************************************************
###############################################

Atau berjalan di pantai-pantai ...


Pantai Balok


Pantai Sepat



Pantai Chendor

**********************************************************
###############################################

Recommended links

http://www.agoda.com/asia/malaysia/cherating/the_legend_resort.html

http://members.virtualtourist.com/m/p/m/37de35/

http://www.h-rez.net/book_hotel.html?src=/hotel/my/the-legend-resort-cherating.html&hn=The%20Legend%20Resort

http://www.holidayasia.com/hotel/malaysia/legend/cherating/index.html