My Honey Moon

Get Me There ...

Tuesday 23 November 2010

Alor Star HBO Tania Homestay

Photobucket

Rumah kembar 2 tingkat, 3 bilik (1 bilik air-cond), 4 buah bilik air, katil & tilam "double", 4 buah bilik air.
Alamat: 1133, Lengkok Tunku Sarina II(Tania), Taman Tunku Sarina 2, 06007, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.
Harga promosi cuti sekolah RM250.00 (biasa RM 350.00)

Boleh tampung 10-15 orang. Sesuai untuk penghuni yang ramai.
Dari LR PLUS selepas Tol Hutan Kampung menuju ke Changloon, ikut susur keluar Wang Tepus/Bandar Darul Aman. Di lampu isyarat, belok ke kanan menuju ke Wang Tepus. Kemudian belok kiri menuju ke Darul Aman Golf Club dan Tasik Bandar Darul Aman. Pandu terus sehingga jumpa Taman Perumahan Tunku Sarina dan deretan kedai. Pandu sehingga jumpa simpang tiga terakhir, belok ke kiri menuju ke Taman Tania. Pandu sehingga lebih kurang 300 m dan akan jumpa simpang terakhir untuk masuk ke Taman Perumahan jenis Tania. Belok Kanan dan lebih kurang 100 m jumpa simpang 3, belok ke kiri masuk lengkok Tunku Sarina II dan terus pandu lebih kurang350 m akan jumpa Homestay HBO Tania.

Kawasan rumah berdekatan dengan bukit dan cuaca pagi agak sejuk dan keadaan agak sunyi dan nyaman. Jarak ke LR PLUS lebih kurang 10 KM. Lebih kurang 20 minit ke Bandar Alor Setar, 40 minit ke jeti Kuala Kedah melalui Lebuh Raya PLUS. Lebih kurang 40 minit ke Bukit Kayu Hitam dan UUM,
15 minit ke Pekan Jitra, 20 minit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, 1 jam ke Padang Besar dan Jeti Kuala Perlis.

Boleh hubungi saya En Murtazadi bin Amran 0191941557 untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment